Dua kali Lans Koperal Mohamad Azrin cuba diselamatkan
Dua kali Lans Koperal Mohamad Azrin cuba diselamatkan. Anggota tentera 10 Briged (Para) yang dikhuatiri lemas ketika menjalani latihan di Sungai Pahang dekat Kampung Bohor Baru di sini pada Ahad lalu ditemukan pada Rabu.
Mayat Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa,27 ditemui oleh penduduk kampung pada jam 8.15 pagi di Kampung Serengkam, Maran iaitu kira-kira 70 kilometer dari tempat kejadian.
Penemuan itu disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Perhubungan Raya Tentera Darat pada Rabu.
Dalam kenyataan tersebut, Tentera Darat Malaysia (TDM) merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Zon 2 Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penduduk kampung serta mana-mana agensi yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula Ahad lalu.
“TDM turut menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyarham Mohamad Azrin, iaitu Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya dan bantuan sewajarnya akan dihulurkan dari segala aspek untuk memastikan kebajikan keluarga tersebut.
“Perkembangan berkenaan pengurusan jenazah Allahyarham akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujar kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, TDM turut berharap agar masyarakat tidak menyebarkan gambar-gambar penemuan jasad Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin bagi menjaga perasaan waris mangsa terlibat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, mangsa ditemui dalam keadaan hanyut oleh penduduk kampung dan segera ditarik ke tebing sungai.
“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.
Mangsa merupakan anggota Tinjau daripada pasukan Kompeni PANDURA (Para) yang dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera, Pahang.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor.
Mangsa dilihat tenggelam di tebing oleh ahli pasukan dan cuba ditarik naik namun gagal dan mangsa telah berjaya naik ke permukaan air tetapi dilihat tenggelam semula.
Cubaan menarik kali kedua oleh rakan mangsa juga gagal dan anggota terbabit terus tenggelam.
Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat dan meninjau latihan eksesais tersebut yang dijalankan dalam tempoh 14 hari melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik Tentera Darat Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli berangkat meninjau dan menyertai SAR di tempat kejadian pada Selasa.
Dua kali Lans Koperal Mohamad Azrin cuba diselamatkan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat
- Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami
- Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah
- Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia
- Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan
- PKR, DAP terima dana asing NED?
- ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO
- Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
- Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat
- Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
- Kelas Silat Online Malaysia yang pertama
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.