Rasa Mengantuk Dan Malas Selepas Makan Nasi, Ada Cara Untuk Elakkan..

Rasa Mengantuk Dan Malas Selepas Makan Nasi, Ada Cara Untuk Elakkan..

SEHARI tak makan nasi, boleh menggeletar satu badan! Itu adalah respons biasa rakyat Malaysia apabila ditanya sekiranya sanggup atau tidak untuk tidak makan nasi.

Nasi adalah makanan ruji rakyat negara ini dan hampir setiap masa kita akan makan nasi sebagai hidangan utama tidak kira ketika bersarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Apa yang menjadi masalah, ada juga antara kita yang selepas makan nasi akan berasa mengantuk, lesu dan malas. Hendak pula kalau baru sahaja lepas makan sepinggan nasi kandar atau nasi lemak!

Jadi bagaimana caranya agar kita tidak berasa malas dan lesu tanpa perlu meninggalkan nasi?

Nasi mengandungi karbohidrat dan merupakan makanan yang sihat dan seimbang dalam diet. Meskipun ada sesetengah individu berasa mengantuk dan malas selepas makan, itu tidak bermakna nasi adalah makanan tidak sihat.

Asian woman hand eating cooked hot rice by spoon in a white plate

Nasi mengandungi karbohidrat.

Berikut adalah dua cara untuk mencegah rasa mengantuk dan malas selepas makan nasi.

1. Perbanyakkan sayuran dan protein

Makan tengah hari bukan sahaja nasi ‘segunung’ tetapi perlu diimbangi dengan 50 peratus sayur-sayuran, 25 peratus protein dan 25 peratus karbohidrat.

Karbohidrat seperti nasi penting dalam diet kerana ia memberi tenaga namun bagi mencegah rasa mengantuk dan malas, seseorang perlu mengambilnya dalam jumlah sedikit.

2. Kurangkan nasi

Mengawal pengambilan nasi juga menjadi kunci utama mengatasi masalah itu. Ini kerana semakin banyak nasi yang dimakan semakin sukar untuk melawan kesannya.

Cuba hadkan pengambilan nasi setiap kali makan (segenggam sudah memadai) bagi mengelakkan hormon pemicu rasa mengantuk tidak dilepaskan dalam saluran darah dan membuatkan seseorang berasa lesu dan malas

Rasa Mengantuk Dan Malas Selepas Makan Nasi, Ada Cara Untuk Elakkan..


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker