Saifuddin maklumkan Sokong Anwar sebagai PM bukan bermakna lompat parti

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mempertahankan usaha PKR menarik sokongan ahli Parlimen parti lawan untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kerana tindakan itu tidak sama seperti melompat parti.

Beliau berkata, ahli Parlimen yang mesra boleh memberikan sokongan kepada Anwar tanpa perlu bertukar parti.

“Kita ada 109 (ahli Parlimen). Untuk membentuk kerajaan kita kena ada sokongan 112 (ahli Parlimen). Bermaksud kita kena cari sokongan tambahan



“Perlembagaan kata perdana menteri bolehlah dilantik daripada kalangan ahli yang Tuanku (Agong) yakin mendapat sokongan majoriti (ahli Dewan Rakyat). Jadi (kami) berusaha mencari sokongan tiga, empat orang itu; kami tak ajak orang masuk PKR,” katanya dalam wawancara FMT.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020 dan tempatnya diambil alih Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin Yassin.

Beberapa bulan kemudian, iaitu pada September tahun lalu, Anwar mendakwa beliau mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Beliau turut mengisytiharkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang.



Saifuddin berkata, tindakan Anwar mendapatkan sokongan ahli Parlimen lain tidak sama seperti membenarkan perbuatan lompat parti.

Beliau juga berkata, keputusan untuk mendapatkan sokongan daripada wakil rakyat lain disepakati oleh ahli parti dan Anwar tidak harus dipersalahkan.

“Saya nak tegaskan bukan keputusan Anwar seorang. PKR ada proses dalam parti – ada biro politik, ada Majlis Pimpinan Pusat, ada ahli Parlimen. Anwar berunding dan berbincang dengan semua dalam proses membuat keputusan dalam parti.

“Bincang pula dalam Majlis Presiden PH – bincang, runding, ambil pandangan. Setelah keputusan dia, ‘ya Datuk Seri, kamu patut ketuai usaha mendapatkan sokongan’, kami pun melakukannya.”



Undang-undang anti-lompat adalah salah satu reformasi utama yang diberi tumpuan oleh PH ketika menandatangani memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tahun lalu.

Saifuddin adalah pengerusi Jawatankuasa Pemandu bagi MoU itu. Pada Januari, PH memaklumkan kepada Ismail bahawa MoU itu akan “terbatal” jika undang-undang anti-lompat tidak dibentangkan.

Satu jawatankuasa Parlimen sedang merangka undang-undang yang dicadang dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat Julai ini.

Gabungan itu pada awal bulan ini berkata, rang undang-undang itu akan dibentangkan dan diluluskan pada akhir Mei.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)



Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker