Umno tolak Ahmad Faizal sebab jual ladang sawit kepada Singapura, kata Najib

PETALING JAYA: Najib Razak mendedahkan penjualan ladang kelapa sawit milik kerajaan negeri kepada syarikat Singapura antara sebab Umno menarik balik sokongan terhadap Ahmad Faizal Azumu.

Bekas perdana menteri berkata, bekas ADUN Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib sebelum ini pernah memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menjual ladang sawit seluas 15,000 hektar itu.

“Tahun lepas, Mohd Khusairi pernah berkata nilai ladang tersebut RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak sebelum pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum ke-14.



“Selepas pilihan raya umum ke-14, pengerusi syarikat milik kerajaan negeri pula bertukar menjadi menteri besar Perak dari PH. Namun, selepas kerajaan PH Perak tumbang dan menteri besar Perak PH menjadi menteri besar Perak dari Perikatan Nasional (PN).

Keputusan usul undi percaya pada MB Perak, Penantian Yang Mendebarkan

“Penjualan itu tetap diteruskan bawah kerajaan PN Perak, walaupun harga minyak sawit kini mencecah RM3,400 satu tan berbanding RM1,800 hingga RM2,000 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Najib berkata, harga jualan diumumkan pada April lalu, selepas kerajaan PN Perak ambil alih adalah RM342 juta, sedangkan nilai keseluruhan ladang itu RM1.03 bilion mengikut apa yang dimaklumkan pengerusi terdahulu.

Hari ini, pentadbiran Ahmad Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, tumbang selepas beliau hilang sokongan majoriti wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN), apabila usul undi percaya dibentangkan untuk undian belah bahagi.

Seramai 48 ADUN tidak menyokong berbanding 10 yang menyokong dan 1 undi rosak. FMT difahamkan, selain lima ADUN PPBM, tiga ADUN PAS di Perak turut menyokong usul percaya terhadap Ahmad Faizal.

Ahmad Faizal berkata, beliau sebenarnya sudah menjangka usul percaya yang dibawa ADUN Pengkalan Baharu, Abdul Manaf Hasim tidak akan memihak kepadanya, tetapi terkejut ia dibentangkan sebelum Belanjawan Perak 2021.



Beliau turut memaklumkan tidak akan meminta Sultan Perak membubarkan DUN susulan kekalahannya dalam undian terhadap kepimpinan beliau pagi tadi.

Peja Tumbang di Dewan Undangan Negeri, Perak Bakal Dapat Menteri Besar Baharu



Related Articles

One Comment

  1. Sudah sudahlah Najib. Berhentilah membuat cerita2 karut. Seolah2 Umno/BN tak pernah jual aset2 negara kepada negara2 luar. Semakin kamu buat berbagai2 tuduhan, semakin itu umat Melayu Muslim meluat, sebab semua tahu sebab sebenar. Yang ramai membuat berbagai2 tohmahan dan memberi persepsi negatif terhadap kerajaan PN sekarang adalah pemimpin2 Umno yang sedang sesak nafas menghadapi tuduhan2 berbagai. Sudah jelas Umno cuba digunakan sebagai perisai untuk diri masing2 tanpa memikirkan kesan kepada umat Melayu Islam.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker