Bila di kubur, malaikat tak tanya saya Menteri Besar atau tidak – Faizal Azumu

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli politik supaya beringat kerana kepentingan rakyat sentiasa perlu diutamakan.

Katanya, semua pihak harus bersabar susulan kemelut yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pagi Jumaat.

Paling utama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu, jawatan yang disandang bukanlah sesuatu yang harus dijadikan modal untuk mendabik dada.

“Jawatan itu tidak membawa kita ke mana-mana. Sebagai Menteri Besar, bila di kubur, malaikat tak tanya saya Menteri Besar atau tidak.

“Kalau saya salah, kena sebat juga. Buat kerja baik-baik dan tidak perlu terlalu berdebat dalam media sosial tentang politik,” kata Ahmad Faizal dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.

LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak – Faizal gagal peroleh sokongan majoriti
Sehubungan itu, Ahmad Faizal memohon semua ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan rakyat bersabar dengan apa kemelut yang sedang dihadapi di negeri itu.

Saranan sama turut disuarakan untuk penyokong UMNO dan beliau menegaskan, tak perlu bakar mercun untuk meraikan kejayaan itu.

“Kepada ahli Bersatu, bersabar, tak perlu nak bergaduh, tak perlu sampai tak bertegur sapa suami dan isteri, dengan anak-anak, putuskan silaturrahim kerana politik.

“Kita nak kemelut ini diselesaikan segera,” kata beliau lagi. Awani

Malaikat pun buat silap- Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker