Pencapaian 100 hari: Menyelesaikan tugas kerajaan terdahulu antara cabaran besar Kabinet baharu

Pencapaian 100 hari: Menyelesaikan tugas kerajaan terdahulu antara cabaran besar Kabinet baharu. Barisan kabinet baharu berdepan cabaran untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tidak diselesaikan kerajaan terdahulu.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Sivamurugan Pandian berpandangan, apa yang paling penting adalah sejauh mana cabaran itu dapat ditangani bukan sahaja oleh menteri dan timbalannya malah seluruh kementerian.
“Apa yang tidak dapat dilakukan dalam 17 bulan kini perlu dibuktikan dalam 100 hari, bermakna, inilah cabaran yang paling besar yang perlu digalas dalam kepimpinan hari ini.
“Ada beberapa portfolio yang akan menjadi tumpuan, sudah pasti Kesihatan, MOSTI, Pendidikan, Keselamatan, Perpaduan malahan sebelum ini prestasi sudahpun ditujukkan cuma sejauh manakah apa yang dilakukan itu sampai kepada masyarakat.
“Jadi, di sini saya rasa yang penting adalah sejauh manakah cabaran ini akan diangkat bersama bukan sahaja oleh menteri, timbalan menteri, tetapi keseluruhan pasukan dalam kementerian tersebut perlu mempunyai aspirasi yang sama iaitu untuk mendekati apa yang dimahukan apa yang diperlukan rakyat,” ujarnya kepada Astro AWANI.
Pada masa sama, Sivamurugan turut menjelaskan, komunikasi juga memainkan peranan penting bagi memastikan setiap usaha dilakukan dapat memberi impak.
Beliau percaya komunikasi yang ringkas, tepat dan mudah difahami itu dinantikan masyarakat.
“Tohmahan yang paling ketara dalam kabinet yang lepas adalah komunikasi.
“Saya percaya komunikasi yang ringkas, tepat dan mudah difahami itu dinantikan masyarakat, tetapi untuk sampai kepada masyarakat, pemimpin dalam kabinet itu harus memahaminya terlebih dahulu.
“Bermakna, kita mahu melihat tiada lagi kenyataan kontroversi, tiada kenyataan yang bercanggah, tetapi menjurus kepada persoalan bagaimana mengurus krisis ketika berhadapan dengan krisis nasional ini.
“Jadi, komunikasi itulah saya rasa perlu melengkapi kabinet ini supaya dalam 100 hari, kita akan melihat hasil akhir bukan sahaja daripada pencapaian setiap portfolio tetapi lebih daripada itu,” katanya lagi.

Pencapaian 100 hari: Menyelesaikan tugas kerajaan terdahulu antara cabaran besar Kabinet baharu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Memandang kehadapan dengan bekerjasama, tapi bukan kerajaan perpaduan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker