Tulisan seperti cetakan komputer, ini rahsianya
Tulisan seperti cetakan komputer, ini rahsianya
JAKARTA – Seorang remaja perempuan dari Prabumulih, Sumatera Selatan menuai pujian warga net menerusi hasil tulisan tangannya sangat kemas seperti cetakan komputer, lapor Tribunnews, semalam.
Gadis bernama Rigina Arlie,15, itu memberitahu bahawa aktiviti menulis adalah hobinya di masa lapang dan sering memperuntukkan masa khas untuk menambah baik tulisan tangannya.
“Saya akan habiskan masa sekitar dua hingga tiga jam sehari untuk menulis bagi memastikan konsistensi hasil tulisan.
“Antara cabaran ketika latihan adalah kehabisan dakwat pen atau diganggu orang sekeliling hingga hilang fokus,” ujar Rigina.
Dalam masa sama, ketelitiannnya dalam menulis turut mendatangkan kesan negatif kerana dia sering terlambat mencatat nota penting ketika sesi persekolahan berlangsung.
Katanya, dia tidak boleh melihat hasil tulisan yang buruk maka sering mengambil masa yang lebih lama apabila mencatat nota pelajaran.
Sejak hasil tulisannya dimuat naik di akaun TikTok @rigina16_, ia sudah ditonton lebih 1.8 juta kali. K Online
Tulisan seperti cetakan komputer, ini rahsianya
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU