Suami isteri ceroboh IPD Ranau ditahan

Suami isteri ceroboh IPD Ranau ditahan

RANAU: Sepasang suami isteri ditahan polis selepas menceroboh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dengan menaiki Proton Wira dan memecahkan pintu kaca bangunan IPD itu di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, berkata dalam kejadian jam 9.17 pagi itu, suspek lelaki memandu kereta secara melulu dan melanggar papan tanda berhenti di pondok pengawal, sebelum meluru ke arah di lobi utama.



“Suspek memberhentikan kereta di lobi dan keluar daripada kenderaan itu lalu memecahkan pintu kaca IPD Ranau menggunakan tong sampah.

“Anggota bertugas kemudian menahannya dan suspek dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk siasatan awal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Simiun berkata, polis turut menahan isteri lelaki itu yang juga penumpang kereta dan ujian saringan terhadap kedua-dua mereka berusia 27 dan 33 tahun mendapati hanya suspek lelaki positif dadah.

“Polis percaya suspek bertindak demikian di bawah pengaruh dadah dan mereka berdua direman untuk siasatan lanjut, manakala kenderaan dirampas,” katanya. BH



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Suami isteri ceroboh IPD Ranau ditahan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker