Zahid punca keruntuhan MN kerana.. – Sanusi

Asas kepada keruntuhan gabungan Muafakat Nasional (MN) didakwa berpunca daripada tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cuba menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau tidak pernah bermusuh dengan mana-mana ahli UMNO dalam MN dan percaya bahawa masih ada harapan untuk gabungan tersebut dihidupkan semula seperti dahulu.

“Dia (Ahmad Zahid) yang heret supaya runtuhnya MN supaya dia boleh buat kerjasama dengan Anwar Ibrahim. Dia punya masalah, bukan kita (Pas).



“Saya tak menganggap rakan-rakan UMNO yang pernah bersama dalam MN itu sekarang menjadi musuh, tidak. Saya masih menganggap sebagai rakan, tinggal lagi oleh kerana bos (Ahmad Zahid) nak macam itu, depa kena ikut lah.

“Saya masih berpesan kepada kawan-kawan UMNO, jangan hentam teruk sangat sebab esok (mungkin) kita akan berkawan balik. Saya masih terbuka dalam hal itu, MN masih boleh dihidupkan,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap pada Selasa.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa Pas meninggalkan MN kerana memilih untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah payung Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

“Alasan yang diberi oleh UMNO ialah hang (Pas) kena tinggal Bersatu. Itu tidak masuk akal.



“Pada kefahaman saya, asas MN ditubuhkan adalah perpaduan ummah, bukannya perpaduan Pas-UMNO.

“Jadi kalau perpaduan ummah, sesiapa yang hendak berpadu dalam persatuan ummah ini, dipersilakan, termasuk Bersatu,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi



Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker