Penduduk Bangsar kesal keputusan DBKL terhadap Bukit Persekutuan

Penduduk Bangsar kesal keputusan DBKL terhadap Bukit Persekutuan

Penduduk di Jalan Abdullah, Bangsar, kesal dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang secara rasminya menerapkan perubahan terhadap Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020) yang dibantah oleh mereka.

DBKL telah membuat pengumuman itu dalam siaran iklan akhbar bahawa ia menerapkan draf cadangan pada 25 Jun.



Bagaimanapun, penduduk berkata ia mempunyai zon guna tanah dan intensiti seperti sebelum ini, walaupun terdapat bantahan dan pandangan diberikan orang ramai.

Mereka turut mempersoalkan tujuan DBKL mendapatkan maklum balas orang ramai dan mengadakan pendengaran awam untuk mendapatkan sebarang bantahan, sedangkan kebimbangan yang dihadapi tidak diendahkan.

“Mereka tidak memberikan alasan mengapa bantahan itu tidak diterima selain tidak ada sebarang usaha dibuat untuk menangani kebimbangan mengenai ancaman bahaya yang dibangkitkan.”

Mereka menghantar bantahan bertulis terhadap cadangan perubahan lot di Bukit Persekutuan di mana sebuah projek komersil dikenali sebagai Setia Federal Hill akan dibangunkan.



Pembentangan juga telah dibuat dalam pendengaran awam itu mengenai potensi kesan buruk yang akan berlaku akibat pembangunan di kawasan lereng yang menurut mereka, ia terdedah kepada kejadian tanah runtuh.

Penduduk turut mengemukakan dokumen daripada Jabatan Mineral dan Geosains kepada panel mengenai laluan air semula jadi di bawah tanah.

“Persetujuan untuk meluluskan draf cadangan ini menunjukkan mereka tidak mengambil kira kebimbangan mengenai isu keselamatan yang diutarakan. Pihak berkuasa tidak mengendahkan suara orang ramai yang mendesak supaya tapak sejarah dan satu-satunya kawasan hijau ini terus dipulihara.”

“Oleh kerana semakan kehakiman PBRKL 2020 masih belum selesai, DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan sepatutnya menunggu dan menghentikan sebagai pindaan sehingga urusan perundangan terhadap pelan itu diputuskan oleh mahkamah.



“Menggunakan proses perubahan atau pindaan sebagai cara untuk menghalalkan perubahan terhadap pelan itu adalah petanda jelas bahawa versi PBRKL 2020 yang telah diwartakan adalah diwartakan secara salah,” kata mereka.

Mereka menggesa supaya PBRKL dinyahwarta dan menghentikan sebarang pindaan terhadap pelan itu serta penggunaan versi 2012 sebagai dasar kepada pelan 2040.

“Laksanakan proses yang telus dan adil untuk memperbetulkan penyimpangan dalam versi 2012,” kata mereka.

Datuk Bandar KL Mahadi Che Ngah, ketika dihubungi FMT, berkata beliau perlu meneliti kenyataan penduduk dan membincangkan perkara itu dengan ketua perancangan dan undang-undang terlebih dahulu.



Pengerusi SKL M Ali menegaskan bahawa Mahadi dan DBKL mesti mengutamakan kepentingan orang ramai dalam pelan itu dan bukannya pemaju.

“DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan serta ahli politik mestilah lakukan apa yang mereka ucapkan demi kepentingan rakyat.” FMT

Penduduk Bangsar kesal keputusan DBKL terhadap Bukit Persekutuan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker