Taliban tawan 6 militan Isis, 2 dipercayai rakyat Malaysia



Taliban tawan 6 militan Isis, 2 dipercayai rakyat Malaysia

Militan Taliban di ibu negara Afghanistan, Kabul, dipercayai menahan enam anggota Isis, termasuk dua rakyat Malaysia, menurut laporan media.

Akhbar Britain, The Times, melaporkan kumpulan terbabit disyaki berjuang bagi puak Isis-K, iaitu sebuah cabang Isis yang beroperasi di bahagian selatan dan tengah Asia.

“Empat daripada mereka adalah rakyat Afghanistan, dan nampaknya yang dua lagi adalah rakyat Malaysia,” Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Taliban Saifullah Mohammed, dilaporkan berkata.

“Mereka tidak sekuat seperti yang mereka jangkakan. Kami sudah mengalahkan angkatan tentera dari 36 negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) jadi kami tahu kami mampu menangkap termasuk membunuh Daesh (Isis) di mana sahaja mereka berada,” kata beliau.




Laporan itu menyebut kesemua ahli kumpulan terbabit menyerah diri dalam kejadian berbalas tembakan beberapa jam selepas serangan nekad di lapangan terbang Kabul yang dipercayai dilakukan Isis-K.

Kira-kira 200 orang terbunuh, termasuk askar British dan Amerika Syarikat dalam serangan itu. FMT

Taliban tawan 6 militan Isis, 2 dipercayai rakyat Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong



Leave a Reply

Your email address will not be published.