Genap setahun, Najib masih belum mendapat keadilan dan pembelaan

Genap setahun, Najib masih belum mendapat keadilan dan pembelaan

Hari ini genap setahun bekas perdana menteri Najib Razak merengkok di Penjara Kajang atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Facebook ‘Bossku’ mengingatkan perkara itu hari ini bersama mesej mendakwa “genap setahun Najib terus dizalimi”, di samping gambar dia berdoa.



Pada 23 Ogos lalu, sejarah tercipta apabila Najib menjadi perdana menteri pertama Malaysia yang disumbat ke penjara.

Dia dipenjarakan setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah perdana menteri keenam itu kecundang dalam rayuan akhirnya.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan akhir bekas menteri kewangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Ketika prosiding bermula, peguam bela Hisyam Teh Poh Teik, yang dilantik pada 26 Julai 2022, memohon supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir itu.



Bagaimanapun, permohonan di saat-saat akhir itu ditolak.

Kemunculan Muhammad Shafee Abdullah, yang digugurkan daripada menjadi peguam utama Najib, turut mencuri tumpuan selepas Hisyam memaklumkan bahawa Shafee akan membantunya dalam permohonan menarik diri itu.

Tengku Maimun menolak permohonan itu atas alasan tiada sebab untuk menangguhkan prosiding penarikan dirinya daripada mendengar rayuan Najib dan meminta Hisyam meneruskan hujah.

Sebelum panel hakim membuat keputusan, Najib membacakan pernyataan 20 muka surat dari kandang tertuduh, mendakwa badan kehakiman tidak adil kerana sepanjang minggu sebelum itu, dia menyaksikan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan terhakis perlahan-lahan.



Bagaimanapun, Tengku Maimun ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat berkata Najib tidak pernah mempertikai RM42 juta didepositkan ke dalam akaun banknya sepanjang perbicaraan.

Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berhubung dana SRC.

Kes kemudian dipindah ke Mahkamah Tinggi.

Dia sekali lagi dituduh di Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2018 atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama, yang merupakan hasil kegiatan haram.



Kesemua kes dibicara bersama.

Pada 3 April 2019, perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya sebagai cacat.

Najib kini masih bergelut dengan kes di mahkamah membabitkan dana 1MDB.

Genap setahun, Najib masih belum mendapat keadilan dan pembelaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker