Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong

Tangan kanan seorang gadis berusia 17 tahun yang menjadi mangsa samun di Jalan Kuching menghala pusat bandar Khamis lalu terpaksa dipotong sehingga paras bahu kerana cedera parah dan mulai membiru.

Ketika kejadian, Siti Nur Azizah Syafriadi bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek.

Menurut ahli keluarga Nur Azizah ketika dihubungi FMT berkata, doktor tidak dapat dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.

“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama tetapi.

“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan,” katanya abang saudara mangsa yang enggan namanya disiar.

Nur Azizah yang kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan anak sulung kepada lima orang adik beradik.

Menurut abang saudara mangsa, selepas bapanya meninggal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang mengambil tanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan.

“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan hantar, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki,” katanya.

Tambahnya lagi, selaku abang saudara mangsa, dia sangat berharap agar tiga suspek berkenaan berjaya ditangkap dan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.

“Kepada penyamun ingat ya… dia ada abang saudara yang masih hidup, mak saudara yang masih hidup, kami akan pastikan ketiga-tiga suspek mendapat hukuman setimpal dengan undang undang di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Beh meminta agar saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker