Setiap kementerian harus bukti pencapaian dalam 100 hari

Setiap kementerian harus bukti pencapaian dalam 100 hari
Yasmin Ramlan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meletakkan syarat supaya kabinetnya membuktikan pencapaian kementerian masing-masing dalam masa 100 hari pertama menggalas tanggungjawab.

Dalam pengumuman kabinetnya hari ini, Ismail berkata setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang dalam untuk mencapai objektif yang disasarkan.

“Saya akan pastikan kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya dalam pengumumannya hari ini.

Mengakui bahawa negara memerlukan pemulihan ekonomi, Ismail berkata barisan kabinetnya itu perlulah berlandaskan tiga prinsip.

Prinsip-prinsip itu ialah peka dengan keperluan semasa yang kian mencabar, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Selaras dengan hala tuju Pelan Pemulihan Negara (PPN), aktiviti ekonomi akan dibuka secara berfasa bagi membolehkan rakyat mula bekerja dan mencari nafkah dengan selamat.

“Barisan kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur,” katanya.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia diadakan pada 30 Ogos, jam 2.30 petang di Istana Negara, Kuala Lumpur.

“Barisan kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab ini dengan komited dan lebih proaktif.

“Saya berharap pelantikan kabinet ini akan memberi keyakinan baru untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan Covid-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini,” katanya. Mk

Setiap kementerian harus bukti pencapaian dalam 100 hari

Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker