Pelantikan Noh Omar bagai sireh pulang ke gagang

Pelantikan Noh Omar bagai sireh pulang ke gagang. Bagai sirih pulang ke gagang, pelantikan Tan Sri Noh Omar bakal membawa angin baharu terhadap usahawan terutama golongan muda.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu dilihat calon yang tepat apabila dilantik sebagai Menteri Usahawan dan Koperasi dalam kabinet pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau berpengalaman menerajui kementerian tersebut lebih setahun iaitu 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009 ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ironinya, selepas itu Ismail Sabri pula menjawat jawatan tersebut.

Ismail Sabri juga menggantikan tempatnya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani selepas memegang jawatan itu pada Mac 2008 hingga Mei 2013.

Selain itu, ahli politik berusia 63 tahun itu juga pernah dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tempoh 2016 dan 2018, Timbalan Menteri Dalam Negeri (2004-2006), Timbalan Menteri Pendidikan (2006-2008).

Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada 23 Jun 2020 pada era pentadbiran Perdana Menteri yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Karier politiknya bermula pada 1995 dengan menang majoriti 15,818 undi di kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Noh merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Noh antara 14 ahli Parlimen yang disenarai menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Pelantikan Noh Omar bagai sireh pulang ke gagang

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker