Parti Gerakan cadang penggunaan ubat tradisional Cina tangani Covid-19

Parti Gerakan cadang penggunaan ubat tradisional Cina tangani Covid-19. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berharap pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Kesihatan dapat mempertimbangkan penggunaan ubat tradisional Cina dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negara.

Presidennya, Dr. Dominic Lau Hoe Chai berharap, kerajaan melalui kementerian dapat mempertimbangkan perkara ini sebagai salah satu alternatif tambahan dalam dunia perubatan untuk mencegah atau merawat Covid-19.

“Ini kerana di negara China, perubatan ini digunakan untuk memerangi wabak Covid-19 dan telah mencapai keputusan yang baik.



“Perubatan tradisional Cina dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia untuk melawan Covid-19 dan berusaha mencapai tujuan mereka untuk mencapai kekebalan kawanan secepat mungkin.

“Malah ubat tradisional Cina dianggap sebagai satu bentuk perubatan alternatif untuk rawatan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Gerakan semalam telah mengadakan perbincangan secara maya dengan Persatuan Perubatan Cina Malaysia.

“Semalam saya telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Perubatan Cina Malaysia dan sebenarnya banyak simptom Covid-19 dapat dikurangkan sekiranya mengamalkannya.



“Saya akan mencadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan perubatan Cina sebagai rawatan tambahan pesakit Covid-19.” katanya. – UTUSAN

Parti Gerakan cadang penggunaan ubat tradisional Cina tangani Covid-19


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker