Perak salur RM4.6 juta bantu pusat tahfiz

Perak salur RM4.6 juta bantu pusat tahfiz. Perak menyalurkan peruntukan hampir RM4.6 juta kepada pusat tahfiz di negeri ini sebagai usaha membantu pusat pengajian berkenaan yang terjejas sumber pendapatan susulan pandemik Covid-19, termasuk yang terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak itu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata jemaah pengurusan sekolah harus berusaha dengan cara terbaik mengendalikan pengurusan termasuklah urusan kewangan agar boleh terus berfungsi walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Saya dimaklumkan ada pusat tahfiz yang masih mampu mengendalikan dengan baik pengurusan kewangan dan pendidikan dalam tempoh pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.



Selasa lalu, Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Perak (Pematap) Mohd Azlan Suhaimi dilapor berkata 60 daripada 102 maahad tahfiz hanya mampu bertahan tiga bulan dan ke bawah sahaja berikutan penangguhan pengoperasiaan berkuat kuasa serta-merta pada Mei lepas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd Azlan mendakwa ia sekali gus memberi kesan yang negatif dan dianggarkan 2,500 pelajar akan keciciran dan 300 guru akan hilang pekerjaan.

Sementara itu Mohd Yusop berkata bagi meningkatkan kemahiran guru tahfiz swasta di negeri ini, kursus latihan perguruan selama empat bulan akan dianjurkan JAIPk dengan kerjasama Institut Kemahiran Darul Ridzuan pada hujung bulan depan.

“Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh JAIPk dan saya mengharapkan agar dapat dimanfaatkan oleh pihak pengusaha tahfiz,” katanya.



Perak salur RM4.6 juta bantu pusat tahfiz


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada mesyuarat MKT UMNO malam ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker