Masa untuk kerajaan, pembangkang tamat prejudis
Masa untuk kerajaan, pembangkang tamat prejudis, persepsi negatif, kata Khaled
Prejudis terhadap pembangkang dan persepsi negatif terhadap kerajaan perlu ditamatkan, kata Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.
Khaled dalam kenyataan berkata, beliau berharap agar langkah besar yang dimulakan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan disusuli pelbagai tindakan lebih terangkum daripada kedua-dua pihak.
“Prejudis terhadap pembangkang mesti berakhir. Begitu juga persepsi negatif terhadap kerajaan harus berubah.
“Semua adalah rakan penting dalam kesuburan demokrasi dan tatakelola yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, persefahaman dan kenyataan bersama antara perdana menteri dengan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dalam menyelesaikan kemaslahatan negara adalah permulaan era baharu yang sangat positif.
Katanya, langkah itu menunjukkan kesediaan perdana menteri untuk bekerjasama rentas parti dan ideologi dalam semangat Keluarga Malaysia.
Baca Artikel Menarik :
- Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital
- Tunai umrah bersama, rakan baik songlap duit
- Azalina digesa dilantik sebagai Menteri KDN
- Dari Penternak Kambing Ke Laman Rumah Mentua, Kini Mr. Pepper Ada Kilang Sendiri
- Most Eligible Royal Bachelor Of Malaysia
- Azmin as DPM? Mediocrity breeds mediocrity
- Beri peluang Ismail Sabri jadi Menteri Kewangan
- Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib
- Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah
- Resepi Kek Paun Lemon Sedap
- Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri
Layari Laman Facebook MYKMU
Menurutnya, politik Malaysia tidak boleh lagi dalam takuk lama dan paradigma baharu dalam amalan demokrasi mesti harus lebih luas, terbuka dan progresif.
“Malaysia adalah milik semua. Ia tanah air semua untuk semua dan kita mesti bersepakat deminya. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”
Terdahulu, Ismail dan tiga pemimpin tertinggi PH mencapai kata sepakat untuk memperkukuhkan fungsi Parlimen sebagai institusi bertanggungjawab menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif.
Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Ismail, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. FMT
Masa untuk kerajaan, pembangkang tamat prejudis