Luluh hati lihat keadaan Sherie

Luluh hati lihat keadaan Sherie

Pengasas bersama sebuah klinik swasta berkongsi keadaan pelakon, Sherie Merlis yang kelihatan terlalu penat, lesu dan pucat ketika pasukannya mengunjungi keluarga aktres itu yang sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka.

Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman menerusi akaun Instagram @kai_kaklong berkongsi, beliau dihubungi Sherie melalui panggilan video yang ingin bertanya mengenai keadaan ibunya.



“Pada ketika ini Sherie sedang menjaga ibu yang terlantar, bapa yang kurang sihat, dua anaknya serta dua lagi anak saudara.

“Kak Long tanya bila kali terakhir Sherie makan atau sempat tidur dan Sherie tidak memberi respons yang baik selain menunjukkan simptom ‘burnout’ yang amat ketara,” tulisnya semalam.

Katanya, apabila tiba, Sherie berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang dan petugas kesihatan memberinya air coklat suam namun dia hanya merenung minuman tersebut sebelum memintanya untuk baring dan cuba tidur.

“Sherie asyik terkejut, terjaga selain bercakap dalam keadaan mamai yang dia perlu bangun menguruskan ibunya, beri makan anak-anak, urus rumah dan macam-macam lagi.



“Allah luluhnya hati Kak Long melihat keadaan Sherie. Sherie dapat tidur-tidur ayam tidak sampai sejam sudah bangun,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya telah membantu menempatkan dua petugas kesihatan bagi memantau ibu Sherie sehingga pagi ini kerana pelakon itu perlu berehat dan mendapatkan semula tenaganya.

“Tidak mudah menjaga (ibu) tiga kali sehari angkat dari katil dudukkan ke kerusi. Proses beri makan dan minum ambil masa dekat sejam. Tukar lampin, pembalut luka.

“Patutlah Sherie ‘burnout’ urus semua ini seorang diri. Semua yang masuk keluar rumah perlu pakai PPE (Peralatan Perlindungan Diri) kerana semua dalam rumah kontak rapat,” ujarnya.



Ahad lalu, Kosmo! melaporkan, adik perempuan Sherie bersama suami dan dua anak yang positif Covid-19 telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) di ibu kota. K Online

Luluh hati lihat keadaan Sherie


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker