Gurauan solat atas batu perbuatan biadap – Tuan Ibrahim

Gurauan solat atas batu perbuatan biadap – Tuan Ibrahim

Tindakan segelintir pihak menjadikan sekumpulan anggota Unit Amal Pas solat di atas batu jeram sebagai bahan gurauan atau troll politik dianggap biadab.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Islam menganjurkan umatnya bersolat tanpa sebarang situasi, sama ada di lautan, hutan dan udara.

Bahkan, kata beliau, di angkasa lepas pun umat Islam boleh mendirikan solat.

“Sangat biadablah pihak-pihak tertentu menjadikan ibadah solat sebagai bahan gurauan atau troll politik mereka.

“Padahal, rukun Islam kedua itu perlu didirikan tanpa mengira sebarang situasi, sama ada di lautan, hutan, udara bahkan di angkasa lepas sekali pun.

“Solat didirikan setelah memenuhi syarat dan rukun walaupun ketika di lautan, di hutan, di udara hatta di angkasa lepas. Paling penting adalah menjaga solat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau mengulas gambar sekumpulan ahli Unit Amal Pas yang solat berjemaah di atas hamparan batu jeram di Yan, Kedah, ketika berehat dari kerja kebajikan membantu mangsa banjir.

Gambar itu tular dan mendapat pelbagai reaksi pro dan kontra dari netizen berhubung tindakan kumpulan itu.

Netizen membuat teguran kepada tindakan ahli Unit Amal itu kerana solat di atas hamparan batu yang air mengalir, menyebabkan mereka basah dan kemungkinan tidak khusyuk.

Tuan Ibrahim turut memetik potongan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad”, riwayat at-Tirmizi. MG

Gurauan solat atas batu perbuatan biadap – Tuan Ibrahim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker