Covid-19 meragut nyawa bekas ADUN Melor

Bekas ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 66, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai kira-kira 12.20 tengah hari tadi akibat dijangkiti Covid-19.

Isteri keduanya, Siti Madinah Ilyas Khan, 59, berkata Wan Ismail disahkan positif Covid-19 pada 7 Ogos lepas dan dimasukkan ke wad biasa hospital berkenaan.

“Kemudian arwah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 15 Ogos lepas. Arwah juga sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, Wan Ismail penghidap kencing manis dan ditidurkan di ICU Isnin lepas.

“Kami sekeluarga turut dijangkiti Covid-19 kategori satu dan menjalani kuarantin di rumah di Telipot. Begitu juga keluarga di Melor turut dijangkiti.”

Siti Madinah berkata, jenazah Wan Ismail dikebumikan di Tanah Perkuburan Bechah Keranji di Melor, dekat sini selepas solat Asar hari ini.

Beliau meninggalkan dua isteri, Nurizam Yusoff, 60, dan Siti Madinah serta 14 anak, termasuk tiga anak tiri.

Wan Ismail yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ketereh, pernah menjadi ADUN Melor selama dua penggal pada 1999 hingga 2004 dan 2008 hingga 2013.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob mewakili kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Wan Ismail melalui Facebooknya.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Covid-19 meragut nyawa bekas ADUN Melor


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker