Polis Dan Bomba Bergegas Ke Lokasi Kejadian… Ingatkan Mayat Terapung Rupanya

Polis Dan Bomba Bergegas Ke Lokasi Kejadian… Ingatkan Mayat Terapung Rupanya

PASUKAN kecemasan di Perancis menerima panggilan mengenai ‘mayat’ ditemui di sebatang sungai, dan mereka membuat persediaan rapi.

Polis dan bomba bergegas ke lokasi kejadian, tetapi ia sebenarnya bukan mayat yang disangkakan.

Pasukan polis di Gendarmerie de la Loire di tengah Perancis menerima panggilan daripada satu pasangan yang sedang berbasikal di Briennon.

Saksi yang berbasikal di tepi sungai menyangka mereka menemui mayat ditutup dalam plastik sampah hitam, terapung di sebalik ranting-ranting kayu.

Pasangan itu menghubungi polis pada tengah hari Selasa dan mereka mengangkat mayat itu ke tebing dengan bantuan bomba.

Namun, detik cemas bertukar lucu dan melegakan apabila mayat itu sebenarnya adalah patung seks.

Susulan kejadian itu, polis Gendarmerie meminta pemilik patung tersebut untuk menuntutnya di balai polis. – Metro UK

Polis Dan Bomba Bergegas Ke Lokasi Kejadian… Ingatkan Mayat Terapung Rupanya


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] Kenapa? Tak Percaya Ka?? Kahwini Margo Patung Silikon

Perkahwinan Manusia dengan Robot Normal Menjelang 2050

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker