Hilman nafi Azmin ugut tarik sokongan jika tidak dilantik TPM

Muhammad Hilman Idham menafikan laporan yang mendakwa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya beliau tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu yang juga Setiausaha Politik Mohamed Azmin menjelaskan laporan yang disiarkan beberapa portal sebelum ini berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

“Laporan tersebut diyakini bertujuan untuk menggugat kestabilan dan perpaduan yang semakin utuh dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendukung kepimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

“Amat dikesali, kedua-dua portal media tersebut tidak dapat mengesahkan kebenaran sumber yang dilaporkan demi menjamin laporan yang tepat dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Nama Mohamed Azmin antara yang disebut-sebut bakal mengalas jawatan timbalan perdana menteri dalam pentadbiran yang diterajui Ismail Sabri.

Sebelum ini Mohamed Azmin menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamed Azmin juga pernah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika Pakatan Harapan menguasai kerajaan dan pernah menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum meninggalkan parti itu tahun lalu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).- Awani

Hilman nafi Azmin ugut tarik sokongan jika tidak dilantik TPM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker