Zahid garis 5 kegagalan PN urus Covid-19

‘Harapan rakyat besar’ – Zahid garis 5 kegagalan PN urus Covid-19

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat meletakkan harapan besar di bahu kerajaan baru untuk melakukan perubahan agar negara dapat terlepas daripada ancaman wabak Covid-19 yang semakin buruk.

Dalam hantaran di Facebooknya semalam, Zahid menyenaraikan lima kegagalan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu dalam mengendalikan Covid-19, yang katanya, harus dijadikan “sempadan” oleh kerajaan baru.

Paling atas dalam senarainya ialah “keputusan populis yang membahayakan”, yang menyentuh soal terlalu banyak kelonggaran dibenarkan sebelum imuniti kelompok dicapai dalam kalangan rakyat, selain membuka sekolah semasa jangkitan sedang tinggi sekaligus membahayakan pelajar dan guru.

Zahid turut membangkitkan soal kelonggaran kepada pengembara dari luar negara menjalani kuarantin di rumah ketika dunia berdepan ancaman pelbagai varian baharu Covid-19.

Kegagalan seterusnya yang digariskan Zahid ialah sikap berat sebelah dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

Kata Zahid, ini termasuk tindakan menutup sektor kurang berisiko dan membenarkan sektor penyumbang kluster tertinggi beroperasi; pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak bersungguh-sungguh; kompaun yang tidak munasabah; serta dasar cuba jaya (try and error) yang mengundang ‘flip flop’ sehingga mengelirukan rakyat.

Kegagalan ketiga menurutnya ialah “bantuan” yang menguntungkan pihak ketiga – membabitkan pemberian moratorium pinjaman bersifat refinance yang menguntungkan pemiutang; bantuan yang sebahagiannya bersifat terakru; serta kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak menyeluruh.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Banker jaga banker”, kata Zahid.

Kegagalan dalam mempertahankan demokrasi pula, kata Zahid, dilakukan apabila PN menyekat persidangan parlimen, sekaligus menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu serta membelakangi perlembagaan negara.

Akhir sekali, kata Zahid, kegagalan dalam soal memastikan tiada percanggahan polisi dalam memerangi wabak Covid-19.

“Pintu depan ditutup, tetapi pintu belakang dibuka dalam pentadbiran kerajaan berlaku secara nyata.”

“Nasihat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan pakar kesihatan diambil mudah demi memenuhi tuntutan kroni dan ‘monetary’,” katanya lagi.

Ungkapan ‘tutup pintu depan’ juga pernah dahulu digunakan Ismail Sabri Yaakob ketika mengepalai kementerian pertahanan kerajaan PN, mengundang spekulasi warganet bahawa ia ditujukan buat Mohamed Azmin Ali, yang ketika itu menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang mengeluarkan surat kebenaran operasi untuk perniagaan.

Ismail Sabri – yang kini perdana menteri – merupakan salah seorang menteri dari Umno yang menggalas tugas penting dalam pengendalian wabak Covid-19 dalam kerajaan PN terdahulu.

Selain Ismail Sabri, beberapa ahli Umno lain turut memegang jawatan penting dalam pengendalian Covid-19 termasuklah bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba, dan menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga menteri penyelaras Pogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick). Mk

Zahid garis 5 kegagalan PN urus Covid-19

Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker