Tentera tiada alasan, wajib terima vaksin

Tentera tiada alasan, wajib terima vaksin. Mana-mana anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin Covid-19 boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib berikutan melanggar perintah tetap.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, sebagai anggota tentera, pengambilan vaksin adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan.

“Bagaimanapun, suntikan itu dikecualikan kepada mereka yang tergolong di dalam kumpulan yang tidak layak untuk menerima vaksin.

“Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap,” katanya hari ini.

TDM berkata demikian sebagai mengulas laporan diterbitkan di salah sebuah media bertajuk ‘Sarjan tentera dipecat kerana tolak vaksin Covid-19, hilang pencen’melibatkan Sarjan Wan Ramly Wan Seman.

Menurutnya, pengambilan vaksin di dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota hidup secara berkelompok.

“Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan turut berdepan ancaman Covid-19.

“Sehubungan itu, adalah wajar untuk kesemua anggota TDM mengambil vaksin bagi mengekang penularan yang bukan sahaja akan berlaku dalam kalangan anggota tetapi menjangkiti keluarga,” tegasnya

Tentera tiada alasan, wajib terima vaksin


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT berpesan jangan berebut jawatan

Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik

Jangan sampai munafik bila terlalu ghairah politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker