Takut undi percaya gagal, jawatan TPM mungkin milik Azmin



Takut undi percaya gagal, jawatan TPM mungkin milik Azmin

Kepemimpinan Bersatu dan Umno bimbang Azmin Ali mungkin tidak menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dalam usul undi percaya di Dewan Rakyat, jika beliau tidak dilantik sebagai “orang nombor 2”.

Sumber berkata, susulan itu bekas menteri kanan berkenaan berkemungkinan mengisi jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, Azmin disokong 12 Ahli Parlimen, termasuk 10 daripada Ahli Parlimen PKR yang keluar parti, ketika berlakunya “Langkah Sheraton” pada Februari 2020.

Sumber itu berkata, bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin, adalah nama dikemukakan bagi jawatan terbabit, namun semalam, berlaku perubahan rancangan yang mana Azmin kini kelihatan berpotensi mengisi jawatan timbalan perdana menteri.




“Jika Azmin tidak dapat apa yang dimahukan, beliau dan kumpulannya berkemungkinan besar akan menjadi calon bebas,” dakwa sumber itu.

Sumber berkata, kebanyakan pihak dalam Umno berpandangan Hamzah, sebagai bekas ahli parti itu, lebih berkelayakan menyandang jawatan berkenaan.

Terdahulu, sumber Bersatu memberitahu FMT, Azmin adalah calon utama bagi jawatan timbalan perdana menteri.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Sumber berkata, Azmin memiliki lebih ramai sokongan berbanding Setiausaha Agung Bersatu Hamzah kerana beliau membawa masuk 10 Ahli Parlimen dalam parti terbabit, selain mempunyai sokongan dua lagi Ahli Parlimen bebas.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya, berkata Ahli Parlimen dilantik sebagai perdana menteri perlu melaksanakan undi percaya di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen PKR yang beralih sokongan kepada Bersatu adalah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Manakala, Ahli Parlimen Bebas yang dikatakan pro-Azmin membabitkan Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng. FMT

Takut undi percaya gagal, jawatan TPM mungkin milik Azmin




Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM



Leave a Reply

Your email address will not be published.