Dasar tiada kelab malam, pusat judi di Pahang

Dasar tiada kelab malam, pusat judi di Pahang. Kerajaan Pahang perlu mengadakan dasar baru sifar pusat judi dan kelab malam selepas pandemik Covid-19, kata Adun Beserah daripada PAS Andansura Rabu.

Katanya, penularan Covid-19 yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan memberi rekod positif apabila statistik jenayah turun, lapor Harakahdaily.

“Kerana aktiviti luar rumah selepas jam tertentu tidak dibenarkan. Pusat hiburan, kelab malam dan perjudian atau tempat-tempat berkumpul seperti ini ditutup. Tiada kes pecah rumah kerana orang berada di rumah masing-masing.

“Tiada lagi bergaduh disebabkan mabuk. Anak-anak juga tidak lagi keluar rumah dan mereka dapat dikawal ibu ayah,” ujarnya semasa membahas titah diraja pada Sidang DUN Pahang di Kuantan hari ini.



Dia yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pahang, berkata Adun selaku pembuat dasar telah diberi peluang oleh Allah untuk melakukan “reset” kehidupan ke arah lebih diredai-Nya.

Dicelah beberapa Adun untuk pusat judi dan kasino di Genting Highlands ditutup, dia bersetuju dengan perkara.

Katanya, sepanjang tempoh ini tidak ada sebarang masalah apabila ia tidak beroperasi.

Dasar tiada kelab malam, pusat judi di Pahang




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM beri jaminan atasi kelewatan BKC – Asyraf

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker