Remy Ishak dapat hadiah apa dari Istana?
Remy Ishak dapat hadiah apa dari Istana?
Ramai nak tahu isi kotak kuning diraja buat Remy Ishak
Menerima kiriman khas sempena hari perkahwinan dari Istana Negara bukan satu perkara biasa-biasa namun itu yang berlaku kepada pelakon Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof.
Selain mengejutkan dan menuai ucapan tahniah tanda ingatan diraja yang diterima, keterujaan yang berlegar dalam kalangan netizen sekarang untuk mengetahui apakah kandungan dalam kotak berwarna kuning kiriman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam.
“Untungnya dapat hadiah dari Agong. Bukalah nak tengok dapat apa please,” tulis seorang netizen dalam ruangan komen video yang dimuat naik Remy dalam Instagramnya semalam.
Baca Artikel Menarik :
- Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera
- Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat
- Amerikat Syarikat biayai Taliban
- Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib
- Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
- Azmin bakal jadi TPM, kata sumber
- Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran
- It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia
- TMJ mahu tinggalkan JDT?
- Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’
- Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu!
Layari Laman Facebook MYKMU
Ada juga dalam kalangan netizen yang berseloroh Remy dan isteri sebenarnya bukan golongan kebiasaan sehingga melayakkan mereka menerima hadiah istimewa dari kerabat diraja.
“Bukan bishe-bishe (biasa-biasa) ini. Kerabat diraja,” coret seorang peminat.
“Wah dapat hadiah daripada Agong. Bukan ‘kaleng-kaleng’ (bukan biasa-biasa). Tahniah kepada kalian berdua,” tulis seorang netizen lain.
Jarang selebriti Malaysia menerima hadiah istimewa bersempena hari bahagia mereka. Perihal itu diperakui seorang peminat yang memberitahu, bahkan Neelofa sendiri tidak menerima sebarang kiriman istimewa dari Istana Negara ketika hari perkahwinannya.
“OMG (Oh, Tuhanku) , Neelofa pun tak dapat (hadiah perkahwinan) begini,” tulis seorang peminat ringkas.
Dalam pada itu, ramai yang memberi andaian barangkali, Tuanku Permaisuri merupakan peminat lakonan Remy Ishak yang mendapat jolokan Hero Pujaan Malaya.
“Mesti Tuanku peminat Remy Ishak ni,” tulis seorang netizen seraya menyertakan emoji wajah tersenyum dengan mata berbentuk hati.
Sehingga kini, baik Remy mahupun isteri masih belum berkongsi kandungan kiriman istimewa tersebut yang menjadi cakap-cakap dalam kalangan orang ramai.
Pasangan tersebut selamat dinikahkan Sabtu lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Pernikahan diadakan dengan ringkas bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. K Online
Remy Ishak dapat hadiah apa dari Istana?
You must be logged in to post a comment.