Proton Iriz 2022 vs Perodua Myvi
Proton Iriz 2022 vs Perodua Myvi — kami bandingkan kos selenggara untuk tempoh lima tahun/100,000 km
Sebelum ini kami telah tunjukkan perbezaan kos selenggara Proton Iriz 2022 facelift berbanding model tahun 2019, yang menyaksikan ada pertambahan kos. Untuk pemilikan dalam tempoh lima tahun atau 100,000 km, ia kini menelan kos selenggara sebanyak RM3,583.17 jika mengikut jadual servis oleh Proton — ini melibatkan perningkatan kos sebanyak RM531.37 berbanding sebelum ini.
Jadi, bagaimana pula jumlah kos keseluruhan baru ni jika dibandingkan dengan model segmen B paling popular di Malaysia, Perodua Myvi? Untuk itu, kami dapatkan data daripada jadual servis rasmi Myvi dan susunkan semua ada untuk anda lihat perbezaannya.
Sebelum itu, perlu juga dinyatakan bahawa Iriz 2019 adalah sedikit lebih murah untuk diselenggara berbanding Myvi, dengan kos RM3,051.80 berbanding RM3,163.31 bagi tempoh lima tahun. Dengan model terbaru ini pula, ini bukan lagi ceritanya — beza kos antara keduanya adalah RM419.86.
Seperti yang kami perhatikan sebelum ini, sebab utama peningkatan kos selenggara Iriz adalah disebabkan penukaran lebih kerap bagi penapis udara K95 untuk kabin dan coolant radiator, serta termasuk sekali caj buruhnya. Hal-hal lain kekal sama seperti sebelum ini.
Myvi tidak dilengkapi dengan penapis N95 untuk kabinnya, dan ia menggunakan penapis kabin biasa yang hanya perlu ditukar tiga kali bagi tempoh lima tahun. Malah, Myvi juga hanya perlu menukar coolant radiatornya dua kali sahaja berbanding tiga kali yang diperlukan Iriz. Kurang kekerapan barangan perlu diservis ini telah menyumbang kepada kurangnya kos selenggara, begitu juga dengan harga alat ganti yang lebih murah.
Sebaliknya, Myvi memerlukan minyak enjin sintetik penuh dan palam pencucuh iridium untuk enjinnya, kedua-dua barangan ini lebih tinggi kosnya bagi tempoh lima tahun berbanding pada Iriz. Transmisi automatik empat-kelajuan Myvi juga memerlukan penukaran minyak yang lebih kerap berbanding CVT Iriz, yang hanya perlu ditukar sekali pada 60,000 km.
Perlu juga dinyatakan bahawa beberapa barangan untuk servis ini seperti penapis udara enjin ditukar tidak terlalu kerap pada Myvi; Perodua mencadangkan gantian dibuat hanya bagi setiap 20,000 km di bawah program pilihan Pro Care syarikat itu.
Senarai barangan servis lain yang tersenarai dalam Pro Care termasuklah penukaran minyak brek, servis tayar (jajaran, imbangan dan rotasi tayar), tukar palam pencucuh, dan servis major untuk pendingin hawa. Jika anda mengambil kira semua yang ada dalam pilihan Pro Care selain daripada servis berjadual standardnya, maka jumlah akhir akan jadi lebih tinggi.
Seperti selalu, kos pemilikan keseluruhan akan jadi lebih daripada apa yang anda bayar di pusat servis. Anda juga perlu mengambil kira penggunaan bahan api yang boleh jadi sangat berbeza mengikut cara pemanduan, serta bahagian lain seperti tayar.
Kos tayar pula kini mungkin akan lebih tinggi bagi Iriz, memandangkan saiz rim yang digunakan kini lebih besar, 16-inci berbanding 15-inci sebelum ini bagi varian Excecutive dan Premium, sementara Myvi masih menggunakan rim 15-inci. Lain-lain peralatan yang boleh haus dan kurang berkesan mengikut masa tentunya seperti pad brek, penyerap hentak dan bateri juga perlu dimasukkan dalam kos keseluruhan.
Jadi, inilah dia. Myvi lebih murah untuk diselenggara bagi tempoh lima tahun berbanding Iriz, tetapi perlu juga diingatkan jika dibahagikan perbezaan kos itu kepada lima tahun, perbezaan antara keduanya hanyalah melibatkan RM84 lebih mahal untuk Iriz bagi setahun. Paul Tan.
Proton Iriz 2022 vs Perodua Myvi
Baca Artikel Menarik :
- Rafizi bidas Anwar, mengejar nombor hingga tinggal prinsip
- Cikgu tolak vaksin, tak bodoh macam kebanyakan – Suhaimi
- Bunyi tembakan dalam PKR?
- Suami di luar negara, isteri ditangkap basah di kampung
- Muhyiddin gagal tapi mahu jadi Menteri Mentor?
- Sesuap bubur nasi buat ahli Bersatu
- Gara-gara Murai Cerek, lelaki parah ditetak
- Remy Ishak mohon maaf
- Gagal jadi PM, Aliff tawarkan diri jadi TPM
- Resepi Rendang Daging Batang Pinang Pedas
- Muhyiddin terima kesan akibat perbuatan sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU