Lajim Ukin ditidurkan akibat Covid-19

Lajim Ukin ditidurkan akibat Covid-19

KOTA KINABALU: Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin mula ditidurkan tengah hari tadi di Hospital Pakar KPJ Sabah, selepas dijangkiti wabak Covid-19 sejak lapan hari lalu.

Lajim,66, menghidap penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan buah pinggang disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos.

Sumber memaklumkan keadaan kesihatan Lajim semakin merosot maka, pihak hospital mengambil keputusan untuk menidurkannya bermula tengah hari tadi.

Sebelum disahkan positif, Lajim, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sempat mengikuti rombongan lawatan kerja Ketua Menteri di Kudat.

“Selepas pulang dari Kudat, beliau (Lajim) mula merasa tidak sihat. Maka, beliau terus menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Gleneagles pada sebelah malam dan disahkan positif wabak Covid-19. Beliau mula menjalani kuarantin di Hospital Pakar KPJ pada keesokkan hari sehingga sekarang.

“Semasa dikuarantin keadaan kesihatan beliau tidak menunjukkan sebarang kemajuan hingga menyebabkan keputusan diambil untuk menidurkannya pada hari ini,” katanya ketika dihubungi. Utusan

Lajim Ukin ditidurkan akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker