Trump Di ‘Boo’ Selepas Suruh Penyokong Ambil Vaksin Covid-19 [VIDEO]

Trump Di ‘Boo’ Selepas Suruh Penyokong Ambil Vaksin Covid-19 [VIDEO]

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump diejek selepas mengarahkan penyokongnya untuk mengambil vaksin dalam satu perhimpunan di Alabama.

Ribuan penyokong membanjiri perhimpunan yang diadakan di Cullman itu bagi mendengar ucapan Trump walaupun Alabama sedang berdepan dengan peningkatan kes Covid-19.

Saya percaya sepenuhnya pada kebebasan anda. Anda harus melakukan apa yang harus anda lakukan.

“Tetapi saya cadangkan anda semua untuk mengambil vaksin! Saya juga telah divaksinasi. Ia bagus,” katanya kepada penyokong-penyokong yang hadir

Saranan Trump kemudian disambut oleh laungan ‘boo’ oleh penyokongnya yang kebanyakannya hadir tanpa memakai pelitup muka.

Melihat reaksi penyokongnya yang tidak gembira dengan saranannya itu, Trump kemudian cuba menenangkan mereka.

“Tidak mengapa, anda mempunyai kebebasan. Tetapi kebetulan saya mengambil vaksin. Sekiranya ia tidak berkesan, anda akan menjadi orang pertama yang mengetahuinya.

“Tetapi anda mempunyai kebebasan yang harus anda pertahankan. Anda mesti mengekalkannya,” kata Trump.

Trump yang sebelum ini pernah menuduh pandemik Covid-19 sebagai satu penipuan akhirnya menerima vaksin bersama isterinya, Melania Trump selepas dijangkiti virus itu pada Oktober lalu.

Alabama mempunyai kadar vaksinasi terendah di AS, dengan hanya kira-kira 36 peratus penduduknya telah divaksinasi sepenuhnya.

Governor Alabama, Kay Ivey yang juga seorang Republikan menyalahkan individu yang masih belum divaksinasi sebagaipunca kenaikan jangkitan Covid-19 di negeri itu-The Hill

Trump Di ‘Boo’ Selepas Suruh Penyokong Ambil Vaksin Covid-19 [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Facebook Gantung Akaun Donald Trump Selama 2 Tahun

[VIDEO] Trump Plaza Atlantic City dirobohkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker