[VIDEO] Trump Plaza Atlantic City dirobohkan

AMERIKA SYARIKAT:Orang ramai bersorak ketika menyaksikan Trump Plaza yang beroperasi sebagai hotel dan kasino milik bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dirobohkan.
Hotel dan kasino yang terletak di Atlantic City, New Jersey itu dirobohkan dalam masa 20 saat dengan menggunakan 3,000 batang dinamit pada Rabu, lapor media antarabangsa.
Kasino yang dirobohkan itu dilaporkan premis perjudian terakhir milik Trump di Atlantic City.
Tinjauan di carian Google pada Khamis turut menunjukkan mesej Trump Plaza – Permanently Closed (ditutup secara kekal).
Sebelum ini, Trump Taj Mahal telah diubah namanya kepada Hard Rock Hotel and Casino manakala Trump Marina kini dipanggil Golden Nugget Atlantic City.
Kasino yang dibuka pada tahun 1984 itu sentiasa menerima kunjungan daripada selebriti Hollywood dan jaguh sukan Amerika Syarikat.
Namun pada tahun 2014, Trump telah menutup operasi kasino berkenaan sebelum beliau mengumumkan ingin bertanding jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2015.-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker