Tiada kerajaan perpaduan dengan pembangkang – PM

Tiada kerajaan perpaduan dengan pembangkang – PM

Dikemas kini dengan berita penuh.
Tiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti-parti pembangkang, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kerjasama dengan pembangkang hanya melibatkan isu Covid-19 dan pemulihan ekonomi melalui platform Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Menurut rakaman video sidang media di Sungai Petani, Kedah, Ismail juga berkata tiada pemimpin pembangkang akan dilantik menganggotai kabinetnya yang akan diumumkan minggu ini.

“(Lantikan) kabinet tidak ada.

“Tiada kerajaan perpaduan yang melibatkan pembangkang,” katanya.

Ismail (kiri) dan pendahulunya Muhyiddin
Naib Presiden Umno itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan kelmarin menggantikan Muhyiddin Yassin daripada Bersatu yang hilang majoriti.

Jumlah sokongan terhadapnya bagaimanapun lebih sedikit sahaja berbanding Muhyiddin, iaitu 114 daripada 220 anggota Dewan Rakyat.

Dalam ucapan umum sulungnya semalam, dia menyeru semua ahli Dewan Rakyat menggembleng tenaga sebagai “keluarga Malaysia” untuk memulihkan semula negara.

Demi kestabilan politik, dia menawarkan ruang kepada pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Sementara itu, Ismail berkata, setakat ini kerajaan menerima respons menggalakkan daripada pembangkang.

Katanya, pembangkang antaranya mahu tahu peranan ditawarkan pada mereka.

“Insya-Allah kita akan berjumpa dengan mereka, berbincang apa yang boleh,” katanya. Mk

Tiada kerajaan perpaduan dengan pembangkang – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker