Lawat mangsa banjir tugas pertama Ismail Sabri

Lawat mangsa banjir tugas pertama Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.19 pagi tadi untuk lawatan kerja rasmi pertamanya ke Kedah.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini kira-kira pukul 8.23 pagi tadi bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman.

Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum memasuki pejabatnya.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira satu jam di Pejabat Perdana Menteri, pagi ini.

Sebaik disapa wartawan di luar bangunan, Ismail Sabri sempat menurunkan tingkap kenderaan dan memaklumkan akan ke Kedah selepas ditanya wartawan.

“Ya, saya akan ke Kedah,” katanya sambil melambai tangan ke arah petugas media. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Lawat mangsa banjir tugas pertama Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker