DBP tegur Tengku Zafrul salah eja ‘insya-Allah’

DBP tegur Tengku Zafrul salah eja ‘insya-Allah’

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima teguran daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selepas kesilapan menaip ejaan ‘Insyaallah’ pada Twitter.

Teguran daripada DBP itu dikongsikan oleh Tengku Zafrul menerusi surat yang diterimanya pada 31 Mac lalu.

“InsyaAllah? Insya-Allah? Insyaallah? Apa ejaan yang betul? Selama ini saya guna InsyaAllah, tapi sekarang saya dah tahu ejaan sebenar ialah insya-Allah.

Surat diterima Tengku Zafrul daripada pihak DBP.
“Terima kasih DBP kerana menegur ejaan saya. Lepas ni, saya akan lebih teliti dengan penggunaan istilah ini, insya-Allah,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam tadi.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan, surat itu telah lama diterima daripada DBP dan ‘tergerak hati’ mahu berkongsi di media sosial.

Menerusi surat tersebut, DBP menerima aduan daripada pengguna bahasa Melayu tentang kesalahan ejaan pada Twitter Tengku Zafrul.

Sehubungan itu, ejaan betul ‘insya-Allah’ adalah mengikut Kamus Dewan Perdana. K Online

DBP tegur Tengku Zafrul salah eja ‘insya-Allah’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker