SMH Rail Lancar Lokomotif Pertama Buatan Malaysia

SMH Rail Lancar Lokomotif Pertama Buatan Malaysia

Syarikat pengeluar dan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, SMH Rail Sdn Bhd (SMH Rail) melancarkan Lokomotif ‘H10 Series’, ia dibuat dengan teknologi canggih untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Pembuatan kereta api itu adalah seiring congan kata syarikat berkenaan – ‘Towards Green Mobility’ (Mempelopori Pengangkutan Mesra Alam).



Lokomotif ‘H10 Series’ yang mesra alam ini membawa manfaat besar kepada ekosistem kenderaan rel, dengan inovasi reka bentuk kejuruteraan yang akan menggalakkan operasi hijau.

Pengerusi dan Pengarah Urusannya Datuk PK Nara berkata, SMH Rail berkomited untuk membina penyelesaian inovatif dalam industri rel global.

“Syarikat ini mempunyai pengalaman menjangkau lebih dua dekad dalam menyediakan penyelesaian kejuruteraan rel kepada pengendali rel di peringkat serantau dan global.

“Pelancaran lokomotif diesel-elektrik berkuasa tinggi, yang dikenali sebagai lokomotif ‘H10 Series’ ini adalah bukti kemampuan SMH Rail untuk menyediakan teknologi canggih sejajar dengan standard industri kereta api global,” katanya dalam majlis pelancaran lokomotif ‘H10 Series’ yang diadakan secara maya.



Beliau berkata, pencapaian penting SMH Raik dalam projek berkenaan adalah menggunakan lebih 60% komponen tempatan dalam pembuatan lokomotif itu.

”Kelompok lokomotif pertama itu akan dibekalkan kepada Tanzania Railways Corporation yang telah membuat tempahan berasaskan sokongan dana daripada Bank Dunia,” katanya, lapor Bernama.

“Saya yakin bahawa lokomotif ini akan membawa manfaat ekonomi kepada industri kargo rel Afrika. Lokomotif ini akan menjadi penghubung destinasi, meluaskan capaian rantaian bekalan, mempercepatkan industrialisasi dan menggalakkan perdagangan rentas sempadan, kata PK Nara.



Menurutnya lokomotif ‘H10 Series’ itu berpotensi untuk menggantikan 100 trak kargo, mengurangkan pelepasan karbon sehingga 75%, menurunkan kadar kesesakan lebuh raya dan menjimatkan bahan api secara purata sebanyak empat kali berbanding pengangkutan darat.

Berikutan pertumbuhan pesat dalam sektor penyelesaian pengangkutan, lokomotif ‘H10 Series’ membuka laluan ke arah masa depan yang bersih, pantas dan hijau.

SMH Rail, sejajar dengan aspirasinya untuk menempatkan Malaysia sebagai hab pembuatan kereta api serantau akan terus memanfaatkan peluang dan kerjasama bagi mengukuhkan kedudukannya di peringkat kebangsaan dan serantau, katanya.-DagangNews

SMH Rail Lancar Lokomotif Pertama Buatan Malaysia




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker