2 lelaki ditahan jual air ketum RM6, RM7 sebungkus

BUTTERWORTH: Dua lelaki di sini ditahan bersama 265 bungkus air ketum yang cuba dijual di sekitar daerah ini pada harga antara RM6 dan RM7 sebungkus.

Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Contoh dekat sini kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi, polis merampas 205 bungkus air ketum daripada seorang nelayan lelaki berusia 32 tahun.

KEDUA-DUA kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.DUA individu ditahan di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi bersama-sama sejumlah bungkusan air ketum yang cuba dijual di sekitar daerah itu pada harga antara RM6 dan RM7.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan mendapati air ketum itu diperoleh suspek daripada rakannya di Kuala Muda, Penaga.



“Suspek dipercayai mula menjual air ketum itu pada harga RM7 sebungkus sejak tiga bulan lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Noorzainy berkata, dalam operasi berasingan, pihaknya merampas 60 bungkus air ketum daripada seorang lelaki berusia 28 tahun ketika serbuan di Pangsapuri Tun Dr Awang, di sini kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Katanya, suspek yang merupakan penganggur itu dipercayai menjual air ketum yang diperoleh daripada pembekal lain di sekitar Pantai Bersih di sini pada harga RM6 sebungkus.

“Siasatan mendapati dia menjalankan perniagaan berkenaan sejak sebulan lalu,” katanya.



Menurutnya, ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah.

Beliau berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – UTUSAN ONLINE

Polis bongkar kegiatan petani raih RM60,000 sebulan menjual ketum



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker