Tiga Live Terpaksa Dibatalkan Penganjur Sebab Polis Cari Saya – Nadir Al-Nuri

Tiga Live Terpaksa Dibatalkan Penganjur Sebab Polis Cari Saya – Nadir Al-Nuri

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan tiga program siaran langsung melibatkan dirinya terpaksa dibatalkan penganjur berikutan laporan pihak polis yang sedang mencari aktivis kemanusiaan di Gaza itu.

Perkara tersebut dikongsi di laman Telegram Muhammad Nadir Al-Nuri hari ini.

“Minggu ini tiga live dibatalkan penganjur selepas kecoh saya dicari tak jumpa.

“Alhamdulillah, Allah bagi rehat melalui jalan yang tak disangka-sangka,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, polis memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Kedua-dua mereka dicari untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu. – K! ONLINE

Tiga Live Terpaksa Dibatalkan Penganjur Sebab Polis Cari Saya – Nadir Al-Nuri


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker