Sanusi disingkir? Tunggu, kata Ahmad Maslan

Sanusi disingkir? Tunggu, kata Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, berkata persoalan sama ada Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor disingkirkan daripada Majlis Kewangan Negara akan terjawab Selasa depan.

Ia susulan dakwaan Sanusi berhubung surat Kementerian Kewangan yang dihantar ke Pejabat Sultan Kedah, konon merancang menyingkirkan beliau daripada majlis itu.

Tanpa memberi jawapan berhubung kewujudan surat itu, Ahmad berkata, semua menteri dan ketua menteri dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan.

“Kita tunggu mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada Selasa (18 April) yang akan datang, jam 9 pagi di Kementerian Kewangan, di mana semua menteri besar dan ketua menteri akan dijemput.

“Mesyuarat akan dipengerusikan menteri kewangan, jadi kita tunggulah ada menteri besar Kedah atau tidak,” katanya menurut Harian Metro.

Sanusi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak berhasrat mendedahkan surat daripada Kementerian Kewangan itu.

Ahad lalu, media melaporkan Sanusi mendakwa wujud usaha terancang menyingkirkannya sebagai menteri besar yang mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara, dengan menamakan Setiausaha Kerajaan Kedah, Norizan Khazali sebagai pengganti.

Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik, dengan setiap negeri diwakili individu diperkenan sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Sanusi berkata, perkara itu didedahkan supaya rancangan berkenaan tidak menjadi kenyataan. FMT

Sanusi disingkir? Tunggu, kata Ahmad Maslan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker