Jarak suntikan antara dua dos terlalu lama punca kadar keberkesanan vaksin jatuh

Jarak suntikan antara dua dos terlalu lama punca kadar keberkesanan vaksin jatuh. Pergantungan rakyat Malaysia terhadap tarikh vaksin di aplikasi MySejahtera kadangkala boleh memberi kekeliruan apabila jangka masa jarak antara suntikan dua dos (interval) terlalu cepat atau lambat berbanding masa yang disarankan mengikut jenis vaksin tertentu.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, tiada masalah besar terhadap kesihatan sekiranya jarak masa suntikan antara dua dos pendek atau panjang namun kadar keberkesanannya akan berkurang.

“Sekiranya kita cepat atau terlambat mengambil vaksin dari jangka masa yang sepatutnya, kemudaratan dari segi kesihatan itu tidak ada cuma yang kita risau adalah keberkesanannya sahaja.



“Apabila kita sudah mendapat dos yang pertama, kita sedang meningkatkan ransangan imuniti pada tubuh badan. Kita tidak mahu apabila terlalu lama jarak untuk suntikan kedua, ransangan imuniti akan jatuh kerana apabila ia jatuh, kadar untuk naik semula itu rendah,” katanya kepada Sinar Premium.

Tambahnya, jika terlalu jauh jarak antara dua dos suntikan vaksin, masyarakat akan lebih terdedah dengan jangkitan Covid-19 yang semakin berleluasa serta varian Delta yang mengganas kerana imun sistem belum bertindak sepenuhnya.

“Kalau kita rujuk data berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini, untuk vaksin jenama AstraZeneca (AZ), lagi dijarakkan lagi bagus atau lagi tinggi responnya. Namun, jika jarak masa terlalu panjang, ramai yang sudah terkena jangkitan Covid-19 sebelum suntikan dos kedua. ‘Jangka edah’ ini yang menjadi dilema masyarakat.

“Kita juga bimbang jika terlalu lambat menunggu lengkap dua dos, masyarakat sentiasa terdedah kepada jangkitan kerana selepas dos kedua, kita memerlukan dua minggu lagi sebelum kita benar-benar mempunyai perlindungan yang mencukupi,” katanya.



Sazaly yang juga pakar virologi itu bagaimanapun berpandangan bahawa jangka masa vaksin bagi pesakit yang dijangkiti Covid-19 sebelum menerima dos kedua perlu diberi penjarakan masa terlebih dahulu.

“Bagi mereka yang terkena Covid-19 selepas mendapat dos pertama dan mereka pulih, mereka yang sakit ini seolah-olah sudah mendapat ‘second booster’. Oleh itu, dos kedua patut dijarakkan lagi.

“Apabila mereka telah dijangkit, dalam masa dua minggu itu, mereka akan membangunkan antibodi sendiri. Jadi kalau hendak memberikan mereka suntikan dos kedua, jalan terbaik adalah menunggu dua hingga empat minggu lagi,” katanya.

DR SAZALY
DR SAZALY

 



Terdahulu, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memutuskan untuk memendekkan jarak suntikan dos bagi vaksin AstraZeneca daripada 12 minggu kepada sembilan minggu.

Bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, keputusan terbabit dibuat susulan ketibaan satu juta dos vaksin yang disumbangkan dari kerajaan Jepun kepada Malaysia pada Julai lalu.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berpendapat, kesan pengambilan dos kedua yang cepat dari tarikh disarankan akan mengurangkan ‘Vaccine Efficacy’ (VE) dalam badan.

“Jika kita mengambil vaksin dos kedua awal daripada masa yang ditetapkan, dikhuatiri badan kita tidak mendapat respon yang secukupnya kepada vaksin di mana VE kurang dari sepatutnya.



“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan VE perlu 50 peratus dan jika kurang daripada itu dikira sebagai tidak efektif dan sekiranya dicucuk sekalipun, ia tidak akan memberi apa-apa perlindungan kepada kita. Setakat ini, vaksin diedarkan di Malaysia melebihi kadar tersebut dan berkesan terhadap Covid-19 serta virus Delta,” katanya.

Dr Sharifa Ezat yang juga Timbalan Dekan Jaringan dan Penjanaan Fakulti Perubatan UKM itu berpendapat, dos ketiga atau ‘booster’ tambahan boleh dilaksanakan namun ketika ini kerajaan harus memberi penekanan untuk melengkapkan dos kedua terlebih dahulu kepada semua rakyat Malaysia.

“Di negara luar, ‘booster’ tambahan atau dos ketiga sudah mula diberikan bagi mereka yang mengambil Sinovac, terutamanya golongan berisiko tinggi. Dos tambahan ini adalah perlu untuk vaksin yang tidak berkesan dan sekiranya kita berdepan Variant of Concern (VOC) yang tinggi seperti negara China dan Turkey.

“Oleh itu, kita boleh cuba untuk melaksanakannya di Malaysia namun pada masa ini, ia mungkin belum menjadi satu keperluan. Negara kita perlu fokus dahulu untuk memberi dua dos lengkap kepada semua rakyat kerana banyak negeri seperti Sabah, Johor dan Kelantan mempunyai liputan vaksin rendah yang menyebabkan masyarakat termasuk kanak-kanak terdedah dengan Covid-19,” katanya.



Tambah beliau, semua masyarakat harus peka dan mengambil vaksin mengikut jumlah dos dan tarikh yang direkomen oleh pembekal serta garis panduan daripada WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

DR SHARIFA EZAT
DR SHARIFA EZAT

 

INFO:

Jarak antara dos pertama dan kedua suntikan vaksin di Malaysia



1. AstraZeneca (AZ) : 9 Minggu

2. Sinovac (CoronaVac) : 2-4 Minggu

3. Pfizer : 21 hari


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zuraida mahu ke Afghanistan bimbing Taliban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker