Vaksin COVID-19: AS beri ‘booster shot’ bermula September

Vaksin COVID-19: AS beri ‘booster shot’ bermula September

WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perancangan untuk memberikan suntikan penggalak COVID-19 atau booster shot dalam usaha membendung penularan varian Delta.

Berdasarkan perancangan yang digariskan, booster shot itu akan diberikan lapan bulan selepas suntikan kedua vaksin Pfizer atau Moderna.

Menurut Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Dr Rochelle Walensky, booster shot ini akan mula diberikan pada 20 September.

“Saya ingin menjelaskan, matlamat utama kami adalah untuk menyelamatkan nyawa dan membendung penularan yang lebih serius.

“Data yang akan diterbitkan hari ini dan minggu hadapan bakal menyaksikan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan SARS-CoV-2 semakin menurun.

“Walaupun vaksin ketika ini terbukti berkesan mencegah kes di hospital, kita juga menyaksikan bukti penurunan keberkesanan dari semasa ke semasa dan terhadap varian Delta,” kata Walensky.

Malah, jelasnya, penerima suntikan tunggal seperti Johnson & Johnson juga mungkin memerlukan booster shot.

Namun data lanjut akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, keputusan pemberian suntikan penggalak adalah berdasarkan keputusan penilaian Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) terhadap keberkesanan dan keselamatannya.

Vaksin COVID-19: AS beri ‘booster shot’ bermula September


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu

Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker