Jika Anwar jadi PM, Pejuang akan sokong

Sebaran :

Jika Anwar jadi PM, Pejuang akan sokong, kata Dr Mahathir

Pejuang tidak berminat menyertai kerajaan yang bakal dibentuk kerana mendapati Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang saling bersaing “tidak menarik,” kata Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, sekiranya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan, Pejuang bersedia menyokongnya.

“Kita (sebagai) pihak ‘third force’ tak terikat dengan mana-mana pihak. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri kita sokonglah,” kata Pengerusi Pejuang itu dalam wawancara dengan Bernama TV.

Mahathir menegaskan dia tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan Anwar sungguhpun hubungan mereka dilaporkan kembali renggang susulan kejatuhan kerajaan PH pada Feb tahun lalu.

“Yang jadi masalah dia tidak mahu kerjasama dengan saya, tapi dia kata saya tak suka kepada dia,” Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi.

Mahathir berkata Pejuang lebih cenderung menjadi “third force” dalam persada politik tanah air dan mahu mengasingkan diri daripada persaingan antara PN dan PH memperolehi sokongan Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Anwar adalah calon pilihan PH untuk jawatan Perdana Menteri, manakala Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, mendapat sokongan Ahli Parlimen Umno, dan parti-parti pro-Perikatan Nasional, termasuk PAS untuk jawatan tertinggi itu.

Mahathir menegaskan Pejuang tidak akan “terikat” kepada mana-mana pihak dalam persaingan menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Isnin lalu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Kita dapati pasukan PN dan PH tak menarik sebab itu kita asingkan diri kita. Kita jadi ‘third force’, (supaya) kita boleh pilih mana satu yang kita nak memihak.

“Kita ingin tahu apa pendirian mereka (PN dan PH) sebab itu Pejuang tidak bergabung dengan sesiapa waktu ini,” kata Mahathir.

Pejuang mempunyai empat Ahli Parlimen, termasuk Dr Mahathir sendiri.

Dalam wawancara itu, Mahathir tidak mendedahkan nama calon Perdana Menteri Pejuang yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Ditanya oleh hos rancangan BernamaTV, sama ada Pejuang bersedia menerima jawatan Kabinet, sekiranya ditawarkan oleh Ismail, jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, Mahathir menjawab ringkas : “Kita akan fikir.”

Semalam, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9 kepada Istana Negara.

Ahli-ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang tadi untuk mengemukakan surat akuan bertulis mereka. FMT

Jika Anwar jadi PM, Pejuang akan sokong

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara


Sebaran :

Leave a Reply