Ismail calon PM yang menang- 114 MP dijemput ke Istana

Ismail calon PM yang menang- 114 MP dijemput ke Istana

Seramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara hari ini, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Dia berkata, ini bermaksud Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri.

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang.

“Ini tentu juga berkat kesepaduan bersama diketuai oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), timbalan presiden (Mohamad Hasan) dan Najib Abdul Razak (MP Pekan), anggota dewan tertinggi dan semua anggota parlimen kita,” katanya dalam pesanan teks semalam.

Tambahnya, anggota parlimen BN akan berangkat dengan bas untuk ke Istana Negara pada pukul 10 pagi dari Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur.

Lima sesi menghadap baginda

Ketika dihubungi, Ahmad Maslan mengesahkan bahawa MP BN dijemput menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz turut mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu bahawa ahli parlimen PAS dijadualkan menghadap Seri Paduka Baginda pada pukul 4 petang.

“Alhamdulillah DSIS (Ismail Sabri) telah berjaya diangkat sebagai PM ke 9 berdasarkan jemputan Istana Negara kepada semua MP yang mencalonkan beliau,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, satu sumber dari BN berkata ahli-ahli parlimen dijadualkan menghadap Seri Padukan Baginda sebanyak lima sesi.

“Sesi 10 pagi melibatkan 24 ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak. Diikuti sesi kedua 11.10 pagi dijadualkan kepada ahli parlimen Bersatu. Sementara ahli parlimen Umno dan BN akan menghadap Agong dalam sesi ketiga dan keempat masing-masing 2 petang dan 3 petang.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“PAS akan menghadap pada pukul 4 petang,” kata sumber itu lagi.

Pada Isnin, Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos meminta 220 ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh Isnin lepas.

Ketibaan ahli-ahli parlimen mengikut kumpulan adalah seperti berikut:

10.00 – 11.00 pagi (kumpulan 1) – 25 orang
11.10 – 12.10 tengah hari (kumpulan 2) – 25 orang
2.00 – 3.00 petang (kumpulan 3) – 25 orang
3.10 – 4.10 petang (kumpulan 4) – 25 orang
4.20 – 5.00 petang (kumpulan 5) – baki
Mk

Ismail calon PM yang menang- 114 MP dijemput ke Istana

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker