Pang Ron-Su Yin sasar suku akhir Seluruh England
Pang Ron-Su Yin sasar suku akhir Seluruh England

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin bertekad menjadikan Seluruh England sebagai pentas membuktikan kemampuan sebenar mereka apabila meletakkan sasaran untuk melangkah sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir.
Gandingan ranking ke-23 dunia itu tidak mahu mengulangi kekecewaan tahun lalu apabila tersingkir seawal pusingan pertama, sekali gus menjadikan edisi kali ini peluang terbaik untuk memperbaiki pencapaian.
Pada penampilan pertama di kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu, Pang Ron-Su Yin gagal melepasi halangan awal selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Ki Dong Ju-Jeong Na Eun.
Bagi edisi kali ini, mereka dijadual membuka kempen menentang pasangan India, Dhruv Kapila- Tanisha Crasto yang pastinya menuntut aksi lebih konsisten daripada gandingan negara.
Su Yin berkata, mereka perlu beraksi tanpa rasa gentar selain menampilkan permainan sebenar setiap kali melangkah masuk ke gelanggang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
“Ini penampilan kedua kami di Seluruh England dan sasaran kami adalah untuk melangkah ke pusingan suku akhir.
“Apa yang penting kami perlu keluarkan permainan terbaik dan berikan segala yang termampu tanpa perlu takut,” katanya.
Menurut Su Yin, keyakinan dirinya kini semakin meningkat hasil bantuan barisan kejurulatihan yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi sepanjang tempoh persiapan.
Katanya, masalah keyakinan diri yang pernah dihadapinya sebelum ini semakin dapat diatasi, sekali gus memberi petanda positif menjelang kejohanan berprestij itu.
Pang Ron-Su Yin sasar suku akhir Seluruh England
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik
- Govt to ensure public financial management objectives result in better fiscal outcomes – MOF
- Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes
You must be logged in to post a comment.