GPS sokong dengan rela hati

‘Sokongan dibuat dengan rela hati’.

Demikian kenyataan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusoff selepas mengesahkan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung sokongan mereka terhadap Perdana Menteri kesembilan.

Memetik laporan berita tempatan, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan calon Perdana Menteri ke-9 yang disokong 17 Ahli Parlimen GPS itu. Walau bagaimanapun sokongan berkenaan adalah dipercayai kepada Ismail Sabri Yaakob berdasarkan makluman sebelum ini.

“Turut serta dalam sesi menghadap secara maya dari Kuching ialah Ahli Parlimen bebas dari Lubok Antu, Jugah Muyang, menjadikan Ahli Parlimen dari GPS seramai 18 orang.

“Ahli Parlimen Bintulu merangkap Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing akan menghadap Agong di Istana Negara kerana beliau berada di Kuala Lumpur.

Calon yang dipilih atas rela hati setiap Ahli Parlimen GPS dan seorang Ahli Parlimen bebas,” katanya selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, secara maya di Hotel Waterfront, di sini hari ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kami beri sokongan penuh kepada Ismail Sabri dengan sukarela tanpa paksaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker