Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi. Peluang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi perdana menteri kesembilan dilihat agak tipis ketika ini.
Ketua Kluster Governans dan Integriti Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, ia susulan semua gabungan Perikatan Nasional (PN) menyokong pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk jawatan tersebut.
Menurutnya, keadaan itu juga sekali gus menyaksikan PN mempunyai cukup majoriti untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
“Peluang Anwar ini kalau kita lihat daripada dulu lagi bahawa memang agak sukar untuk menjadi Perdana Menteri kerana tiada sokongan dan macam-macam senario lagi.
“Mungkin (katakan) golongan kluster mahkamah boleh menyokong, tetapi DAP, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak mahu bekerjasama (dengan kluster mahkamah).
“Jadi perolehan jumlah sokongan itu akhirnya dia memang tidak akan mudah mendapat sokongan,”
Beliau mengulas mengenai peluang Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi Perdana Menteri kesembilan.
Jelasnya, meskipun tidak mendapat data yang jelas berhubung berapa Ahli Dewan Rakyat yang menyokong Ketua Pembangkang itu, namun berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat khususnya daripada Warisan dan Pejuang memperlihatkan adalah sukar untuk beliau menjadi Perdana Menteri.
“Kalau kita lihat Pejuang tidak menyatakan sokongan yang jelas kepada Anwar. Begitu juga dengan Warisan.
“Sokongan yang jelas diterima beliau (Anwar) datang daripada ahli Parlimen DAP, PKR sendiri dan Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Marthada berkata, peluang yang dilihat tidak berpihak kepada Anwar itu dikukuhkan lagi apabila ‘kluster’ 15 ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN telah menyatakan sokongan kepada pencalonan Ismail Sabri.
“Cumanya dikhabarkan ada seorang ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong Ismail Sabri, tetapi dari segi majoritinya masih berpihak kepada Ahli Parlimen Bera itu,” katanya.
Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Ismail Sabri calon Perdana Menteri
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU
Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu
You must be logged in to post a comment.