Taliban Raikan Kemenangan Dengan Bermain Bumper Car Dan Bersenam Di Gimnasium

Taliban Raikan Kemenangan Dengan Bermain Bumper Car Dan Bersenam Di Gimnasium

Pada minggu ini kita dapat lihat peralihan kuasa di Afghanistan telah menyebabkan puluhan ribu warga negara tersebut memenuhi Lapangan Terbang Kabul dalam usaha untuk meninggalkan negara itu.

Namun, sebahagian askar Taliban yang telah berjaya menawan beberapa kawasan bandar di Afghanistan telah mengambil kesempatan untuk meraikan kejayaan mereka dengan membuat pelbagai aktiviti di kawasan bandar. Sebahagian daripada mereka telah memilih untuk bermain ‘bumper car’ di sebuah taman tema permainan.



Di dalam video tersebut kelihatan sekumpulan askar Taliban duduk di dalam beberapa buah ‘bumper car’ sambil melanggar antara satu sama lain. Telatah mereka tidak ubah seperti kanak-kanak yang mendapat permainan.

Dalam video yang lain pula, ada beberapa ahli Taliban sedang mencuba peralatan senaman yang ada di dalam gimnasium di Istana Presiden. Aksi mereka dirakam oleh sebahagian askar lain yang siap mengusung senjata RPG dibelakangnya.



https://twitter.com/Chandra37185214/status/1427526843788263426?s=20

Ada sekumpulan kecil askar Taliban lain pula dirakam sedang melompat-lompat kegembiraan sesama mereka di atas sebuah trampolin bersaiz besar.

Siapa sangka Taliban cukup dikenali sebagai sepasukan askar yang cukup ekstrem semasa berada di medan peperangan mempunyai ‘perangai’ seperti kanak-kanak apabila berjumpa dengan alatan-alatan permainan seperti ini.

Pada 15 Ogos lalu Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani dilaporkan telah meninggalkan negara terbabit kerana mahu mengelak pertumpahan darah di tanah Afgahanistan setelah tentera-tentera US telah mula meninggalkan negara tersebut. Vc



Taliban Raikan Kemenangan Dengan Bermain Bumper Car Dan Bersenam Di Gimnasium


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker