Hamzah, Annuar bertemu Muhyiddin lebih sejam

Hamzah, Annuar bertemu Muhyiddin lebih sejam

Kenderaan membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dilihat keluar dari kediaman peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini selepas sejam mengadakan pertemuan.

Berselang dua minit kemudian, kenderaan jenis Toyota Vellfire yang membawa bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut dilihat meninggalkan kediaman perdana menteri sementara itu pada pukul 2.55 petang.

Terdahulu, kedua-dua kenderaan yang membawa bekas menteri Kabinet itu masuk ke kediaman Muhyiddin sejak tengah hari tadi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dipercayai pertemuan bekas Perdana Menteri itu bersama Hamzah dan Annuar berkait rapat dengan pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Ke-9.

Sementara itu, beberapa media turut melaporkan Muhyiddin akan mengumumkan pendirian Perikatan Nasional berhubung calon perdana menteri baharu pada petang ini. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Hamzah, Annuar bertemu Muhyiddin lebih sejam

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker