Suara ‘Meow’ Kucing Selamatkan Wanita Warga Emas 83 Tahun

Suara ‘Meow’ Kucing Selamatkan Wanita Warga Emas 83 Tahun

BODMIN: Bunyi suara seekor kucing yang mengiau berulang kali telah menyelamatkan pemilik haiwan itu selepas dia terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 21.33 meter di Bodmin, Cornwall, England pada Sabtu lalu.

Ketika kejadian, mangsa seorang wanita warga emas berusia 83 tahun dilaporkan hilang menyebabkan satu pasukan kecemasan memulakan operasi mencari berdekatan dengan rumahnya di Bodmin.

Jirannya telah menghubungi perkhidmatan kecemasan setelah bimbang tentang keadaan diri wanita berkenaan setelah dia didapati hilang lebih selepas beberapa jam.

Bagaimanapun, seorang pejalan kaki mendengar bunyi ‘meow’ berulang kali oleh seekor kucing bernama Piran yang berada di atas sebuah lubang di kawasan belukar pada petang hari kejadian.

Bunyi haiwan itu telah membantu menyelamatkan wanita tersebut yang terjatuh ke dalam lubang berkenaan apabila anggota-anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Cornwall memulakan operasi menyelamat wanita warga emas itu.

Wanita tersebut berjaya dibawa naik dan dihantar ke hospital dengan menggunakan sebuah helikopter ambulans.

Menurut Polis Bodmin, wanita itu berada dalam keadaan stabil dan menyatakan kucing bernama Piran telah berjaya menyelamatkan pemiliknya-Sky News

Suara ‘Meow’ Kucing Selamatkan Wanita Warga Emas 83 Tahun


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kucing Jadi Monyok Dan Pendiam, Ketahui Sebabnya….

Kucing selamatkan keluarga dari tedung selar

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker