Kucing Jadi Monyok Dan Pendiam, Ketahui Sebabnya….

Kucing Jadi Monyok Dan Pendiam, Ketahui Sebabnya….

MESKIPUN tergolong sebagai haiwan yang aktif dan ceria, adakalanya kucing juga boleh menjadi sangat pendiam dan suka menyendiri malah enggan memandang tuannya.

Jika melihat si bulus tiba-tiba berubah sikap, kemungkinan ia ingin menyampaikan atau merasakan sesuatu.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan kucing tiba-tiba menjadi pendiam. Berikut adalah antaranya;

Kucing 2

1. Kehadiran haiwan peliharaan baharu

Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rutin. Ketika rutinnya terganggu, ia boleh menimbulkan perasaan kurang senang termasuk bertukar pendiam jika ada kucing lain masuk dalam kawasannya.

Situasi itu juga boleh menyebabkan kucing berasa panik, bingung, rasa terabai oleh tuannya. Jika anda melihat kucing kesayangan anda duduk sendirian di satu sudut, kemungkinan ia berusaha menyembunyikan perasaaan sedihnya kerana tidak tahu bagaimana menyesuaikan diri.

Kucing 3

2. Berpindah rumah

Persekitaran baharu juga boleh membuatkan kucing berada dalam keadaan tertekan dan ketakutan terutamanya apabila berpindah rumah.

Memandangkan kebiasaan persekitarannya telah berubah, kucing lebih gemar menyendiri kerana tidak tahu apa harus dilakukan dengan perubahan yang berlaku.

3. Sedang bersedih

Kucing adalah seekor haiwan yang mempunyai ikatan kuat dengan manusia serta haiwan yang lain. Ketika kucing kehilangan teman bermain atau orang yang menjaganya dengan penuh kasih sayang, ia juga boleh merasakan kesedihan.

Kesedihan itu turut memberi kesan kepada emosinya dalam satu tempoh termasuk perubahan sikap seperti menjadi pendiam dan suka menyendiri.

Kucing Pendiam

4. Ketegangan

Suasana negatif dalam rumah seperti pertengkaran suami-isteri atau pergaduhan adik-beradik turut membuatkan kucing peliharaan menjadi tertekan. Ini kerana kucing adalah makhluk yang sukakan kedamaian dan dapat merasakan sesuatu konflik.

Jalan terbaik adalah ia akan berdiam diri dan menjauhkan diri daripada punca konflik.

Manjakan Kucing

5. Penyakit

Gangguan emosi dan persekitaran bukanlah satu-satunya punca kucing menjauhkan diri. Perilakunya itu boleh disebabkan ia sedang menanggung kesakitan atau penyakit.

Kucing mungkin mengalami penyakit serius seperti masalah buah pinggang, diabetes atau keradangan sendi. Apa pun penyebabnya, membawanya berjumpa doktor veterinar adalah jalan terbaik.

Jika kucing peliharaan tiba-tiba menjadi pendiam, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan memberikan perhatian ekstra kepadanya. Ajak sahabat bulu bermain dan menghabiskan waktu bersamanya lebih lama.

Dengan cara ini, ketegangan, rasa cemas dan perkara-perkara negatif dialaminya dapat berkurangan.

Kucing Jadi Monyok Dan Pendiam, Ketahui Sebabnya….


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker